Tuesday, October 20, 2026

: : Its been 10 years already : :

 Mashaa Allah, dah hampir 10 tahun tak menulis ya 😂. Last posting was in 2016. Today already 2026. Bermacam-macam turun naik telah berlaku dalam hidup ni. 


Dalam 10 tahun ni;

1. Dah pindah from Kedah to Melaka. Dah 3 tahun dan kat Melaka ni. Kami pindah pada bulan Disember 2023. Husband kena draf ke Kuching, Sarawak for new ship called Kapal OPV.

2. After few months pindah Melaka, suami tanyakan husband sepupu dia (Abg Jaan) about job vacancy at the same place where Afiqah (husband's cousin) works. Interview lulus, masuk kerja pada Februari 2024 di company Fujitsu located at Menara TM, Kuala Lumpur as a Service Desk Agent. Nak sambung lagi ke? Kita buat new post la untuk cerita ni eh.

3. Tengah syok pegang duit sendiri after 7 years tak kerja, tiba mengandung pulak. Semuanya gara-gara stop makan pil perancang. Aihhh...takpela, rezeki kannn.

4. Then, lepas fulfill contract kerja selama 1 tahun, hantar surat resign sebab serabut pikir anak nombor 2 nak masuk darjah 1 dah tapi belum mahir membaca. Kita sacrifice dulu la keselesaan hidup until anak-anak dah pandai urus diri.

5. Alhamdulillah, currently a mother with 4 kids. 2 boys and 2 girls. Semua sihat serta hensem dan comel.

6. On 7th October 2020, Ma dah pergi menghadap Illahi due to breast cancer stage 4. In shaa Allah akan buat new post untuk ni. 


Sebenarnya, banyak yang dah berlaku in these 10 years. Terlalu banyak untuk diceritakan. In shaa Allah kita update sikit-sikit kalau rajin. hihihi.

Sekian for today. Letak la sekeping gambar bersama keluarga kecil saya.